Newsroom

Stay updated with the latest announcements, press releases, and official news from IslamiCruise® AROYA

UPDATE: IslamiCruise® AROYA Strengthens Asia Cruise Expansion Plan

Share Post :

UPDATE: IslamiCruise® AROYA Strengthens Asia Cruise Expansion Plan

Notification of Rescheduling for the Inaugural IslamiCruise® AROYA Voyage and Temporary Suspension of Sales

IslamiCruise® International today announces that the inaugural IslamiCruise®–AROYA voyage, the luxury cruise sailing from Port Klang to Jeddah previously scheduled for January–February 2026 is currently undergoing a rescheduling process.

This need arose following a recent assessment which indicated the importance of restructuring the route and package configuration to better align with market demand and the school holiday season.

In line with this development, sales for this cruise package have been halted immediately, and new bookings will not be opened until the revised schedule and updated package structure are finalised.

The company is currently in further discussions with the owners of AROYA Cruises to determine a new and more commercially suitable sailing schedule.

The new date for the inaugural voyage will be announced once an official agreement has been reached between both parties.

For customers who have already made bookings, the company will provide flexible options, including transfers to other IslamiCruise® sailings where suitable. For customers who are unable to proceed with any of the alternative options once offered, refunds will be provided in accordance with company guidelines.

Given the significant public attention generated by previous IslamiCruise®–AROYA promotions, the public is advised to be cautious of any parties claiming to still sell this cruise package. All inquiries and verification should be made directly through the company’s official channels to avoid the risk of fraud.

IslamiCruise® International remains committed to delivering transparent communication and ensuring that this restructuring process is carried out responsibly, safeguarding a high-quality, safe, and customer-aligned Halal cruise experience.

Official information will only be shared through www.aroyacruisesmalaysia.com and the company’s communication platforms.

IslamiCruise® International Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur

Pemakluman Penjadualan Semula Pelayaran Sulung IslamiCruise® AROYA dan Penamatan Jualan Sementara

IslamiCruise® International hari ini memaklumkan bahawa pelayaran sulung Pelayaran Islamik-AROYA, iaitu pelayaran kapal persiaran mewah dari Port Klang ke Jeddah yang sebelum ini dijadualkan pada Januari–Februari 2026, kini melalui proses penjadualan semula.

Keperluan ini timbul selepas penilaian terkini menunjukkan perlunya penyusunan laluan dan struktur pakej agar lebih sejajar dengan permintaan pasaran serta disesuaikan dengan musim cuti persekolahan.

Selaras dengan perkembangan ini, penjualan pakej pelayaran ini telah dihentikan serta-merta dan tempahan baharu tidak dibuka sehingga jadual serta konfigurasi pakej baharu dimuktamadkan.

Pihak syarikat sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pemilik Kapal Persiaran AROYA Cruises bagi menetapkan jadual pelayaran yang baharu dan lebih sesuai dari segi komersial.

Tarikh pelayaran sulung tersebut akan diumumkan selepas persetujuan rasmi dicapai antara kedua-dua pihak.

Untuk pelanggan yang telah membuat tempahan, syarikat menyediakan pilihan fleksibel termasuk pemindahan ke pelayaran lain di bawah IslamiCruise® sekiranya bersesuaian. Bagi pelanggan yang tidak dapat mengikuti mana-mana pilihan alternatif apabila ditawarkan kelak, proses pemulangan bayaran akan disediakan mengikut garis panduan syarikat.

Memandangkan promosi IslamiCruise®-AROYA sebelum ini mendapat perhatian meluas, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap mana-mana pihak yang mendakwa masih menjual pakej pelayaran ini. Segala pertanyaan dan pengesahan hendaklah dibuat secara terus kepada syarikat melalui saluran rasmi bagi mengelakkan risiko penipuan.

IslamiCruise® International kekal komited untuk menyampaikan maklumat yang telus serta memastikan penyusunan semula ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi menjamin pengalaman pelayaran Halal yang berkualiti tinggi, selamat dan menepati jangkaan pelanggan.

Maklumat rasmi hanya akan dikongsikan melalui www.aroyacruisesmalaysia.com dan platform komunikasi syarikat.

IslamiCruise® International Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur

Copyright © 2025 All Rights Reserved – IslamiCruise® (Malaysia)

This website is owned and managed by IslamiCruise® International, locally known as Pelayaran Islamik® (Company Registration: 201901037587 (1346917-H).  By using this site, you agree to comply with our Terms & Conditions, Terms of Use, and Privacy Policy.

Scroll to Top