Malaysia catat 4.82 juta pelancong muslim tahun lalu.
PETALING JAYA: Malaysia berjaya mencatat kedatangan pelancong muslim sebanyak 4.82 juta dari pelbagai negara dengan anggaran pendapatan RM15 bilion sehingga November tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah berkenaan menyumbang lebih 20 peratus daripada keseluruhan industri pelancongan keseluruhan negara.

