4.82 juta pelancong Muslim lawat Malaysia, jana lebih RM15 bilion
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi, dan Kazakhtan penyumbang utama pelancong Islam ke Malaysia.
KUALA LUMPUR:
Malaysia merekodkan kemasukan 4.82 juta pelancong Muslim setakat November tahun lepas, yang akan menjana pendapatan dianggar melebihi RM15 bilion.
Angka tersebut merupakan suatu peningkatan, dari 4.5 juta pelancong Muslim pada 2023 yang menjana RM14.7 bilion.
