Newsroom

Stay updated with the latest announcements, press releases, and official news from IslamiCruise® AROYA

Official Notice : PROGRESS UPDATE ON THE CURRENT SITUATION OF THE ISLAMICRUISE® AROYA PROJECT

Share Post :

Official Notice : PROGRESS UPDATE ON THE CURRENT SITUATION OF THE ISLAMICRUISE® AROYA PROJECT

PROGRESS UPDATE ON THE CURRENT SITUATION OF THE ISLAMICRUISE® AROYA PROJECT

Assalamualaikum WBT,

IslamiCruise® International Sdn. Bhd. acknowledges the concerns and inquiries raised by the public regarding the cancellation of the IslamiCruise® AROYA sailing scheduled for January 2026, as well as the various statements currently circulating on social media platforms.

For information, the IslamiCruise® AROYA project was implemented using a full ship charter model, which is a common approach within the international cruise industry to ensure operational control and a travel experience aligned with participants’ requirements. This decision was made based on the information available, market projections, and operational commitments provided during the initial planning stage.

However, when commercial targets and operational conditions did not develop as projected, the relevant party was compelled to cancel the scheduled sailing.

Since this matter arose, IslamiCruise® International Sdn. Bhd. wishes to emphasize that we have never absconded, ceased operations, or avoided our responsibilities. On the contrary, the following measures have been and are currently being actively undertaken:

a) obtaining continuous legal advice;

b) preparing written reports to the relevant authorities and tourism-related industry bodies;

c) engaging in discussions with stakeholders to explore fair, realistic, and legally grounded solutions; and

d) evaluating various options, including restructuring and strategic collaborations, in order to safeguard the interests of participants and sales agents.

At present, several important processes and negotiations are still ongoing and have yet to be finalized. Accordingly, any detailed announcements will only be made once a resolution framework has been officially confirmed in a responsible manner.

We understand the emotional pressure faced by all parties and, with due respect, seek reasonable space and time to allow these resolution efforts to proceed without disruption that could jeopardize the ongoing negotiation process.

The company further emphasizes that all parties should refer to and be guided solely by official statements and notices issued by the company, in order to avoid confusion and prevent any adverse impact on the ongoing negotiations.

IslamiCruise® International Sdn. Bhd. remains committed to providing further updates as soon as any decisions have been finalized.

Thank you for the patience, understanding, and cooperation of all parties.

KEMASKINI PROGRES SITUASI SEMASA PROJEK ISLAMICRUISE® AROYA

Assalamualaikum WBT,

IslamiCruise® International Sdn. Bhd. mengambil maklum kebimbangan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh orang ramai berhubung pembatalan pelayaran IslamiCruise® AROYA yang dijadualkan pada Januari 2026, serta pelbagai kenyataan yang sedang tersebar di platform media sosial.

Untuk makluman, projek IslamiCruise® AROYA dilaksanakan menggunakan model charter penuh kapal, iaitu satu pendekatan yang lazim dalam industri pelayaran antarabangsa bagi memastikan kawalan operasi dan pengalaman perjalanan yang selaras dengan keperluan peserta. Keputusan ini dibuat berdasarkan maklumat, jangkaan pasaran serta komitmen operasi yang diberikan pada ketika perancangan awal.

Walau bagaimanapun, apabila sasaran komersial dan keadaan operasi tidak berkembang seperti yang diunjurkan, pihak berkenaan terpaksa membatalkan pelayaran yang dimaklumkan.

Sejak perkara ini berlaku, IslamiCruise® International Sdn. Bhd. ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah menghilangkan diri, menutup operasi, atau mengelak daripada tanggungjawab. Sebaliknya, langkah-langkah berikut telah dan sedang diambil secara aktif:

a) mendapatkan nasihat perundangan secara berterusan;

b) menyediakan laporan bertulis kepada pihak berkuasa dan badan berkaitan industri pelancongan;

c) mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi meneroka penyelesaian yang adil, realistik dan berlandaskan undang-undang; dan

d) menilai pelbagai opsyen termasuk penstrukturan semula dan kerjasama strategik demi melindungi kepentingan peserta serta ejen jualan.

Buat masa ini, beberapa proses dan rundingan penting masih berjalan dan belum dimuktamadkan. Oleh yang demikian, sebarang pengumuman terperinci hanya akan dibuat setelah kerangka penyelesaian disahkan secara rasmi dan bertanggungjawab.

Kami memahami tekanan emosi yang dihadapi oleh semua pihak dan dengan penuh hormat memohon ruang serta masa yang munasabah agar usaha penyelesaian ini dapat diteruskan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan proses rundingan yang sedang berjalan.

Pihak syarikat menegaskan bahawa semua pihak hendaklah merujuk dan berpandukan kepada kenyataan serta makluman rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat sahaja, bagi mengelakkan kekeliruan serta tidak menjejaskan proses rundingan yang sedang berjalan.

IslamiCruise® International Sdn. Bhd. kekal komited untuk memaklumkan perkembangan selanjutnya sebaik sahaja terdapat keputusan yang telah dimuktamadkan.

Sekian, terima kasih atas kesabaran, kefahaman dan kerjasama semua pihak.

Copyright © 2025 All Rights Reserved – IslamiCruise® (Malaysia)

This website is owned and managed by IslamiCruise® International, locally known as Pelayaran Islamik® (Company Registration: 201901037587 (1346917-H).  By using this site, you agree to comply with our Terms & Conditions, Terms of Use, and Privacy Policy.

Scroll to Top