Tawar banyak tarikan, Malaysia bakal kuasai pasaran pelancongan Muslim pada 2028 – Zahid
KUALA LUMPUR – Seramai 4.82 juta pelancong muslim memasuki negara ini sehingga November 2024 dengan sumbangan pendapatan melebihi RM15 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 4.5 juta pelancong muslim dengan jumlah pendapatan RM14.7 bilion.








